Tuesday, December 14, 2010

House made from containers... in Malaysia!

I want!

Aku percaya korang sure penah dgr pasal house made from containers nih. Dah byk di implement kt negara barat, antara reason yg solid diorang implement bende nih adalah:

1. Go Green
I actually don't give a shit about this, but sometimes I do. Actually used containers dah berlambak dah kt dunia, org tak suka pasal ia makan ruang dan takde org yg nak bende nih. Reasonnye adalah ia adalah kosnye terlalu mahal utk someone ship back the containers back to its origin, so baik beli baru aje lebih murah. Akibatnya, terdapat le surplus containers.

Besides, construction waste on site pun dpt dikurangkan.

2. Murah
Satu container yg telah digunakan bole dibeli dgn harga serendah USD900. 5 bijik containers dah cukup utk membuat sebuah rumah banglo 2 tingkat dgn keluasan 2500 sqf.

3. Cepat
Sesebuah rumah banglo bersaiz 2500 sqf dpt disiapkan dlm tempoh 4 bulan shj.

Gambar diatas adalah banglo 2 tingkat pertama yg dibina. Ia dikenali sbg Redondo Beach House, adalah gagasan seorang arkitek dr Southern California bernama Peter De Maria pada tahun 2006.

Oleh kerana harga rumah yg mahal cam haram skang nih kt Malaysia especially area Lembah Klang, ade bagusnye jgk kalo kite implement benda nih kt kehidupan kita.

Dan actually mmg dah ade pun.

Sebuah company construction yg pakar dlm pembinaan banglo, Anand Banglow Sdn. Bhd sudah membina prototaip banglo 2 tingkat di Bukit Tinggi, Pahang. Banglo seluas 2500 sqf itu dibina drpd 5 buah containers terpakai. Contractor tuh claim bangunan drpd container nih sgt sesuai dibina dikawasan bercuaca extreme kerana rumah banglo nih senang2 boleh achieve suhu stabil sekitar 25 darjah celcius tanpa bantuan aircond ataupun even kipas!

Nak best lagi, kos keseluruhan bangunan ini apabila siap diaggarkan sekitar RM45 per sqft, bermakna lebih kurang RM112,500, bermakna lebih kurang RM120K! Fuuuuuuuu!!!! As a comparison rumah banglo berkeluasan 2500 sqft kt KL alone berharga sekitar RM1.5 juta!

Sila lihat gambar dibawah. I don't know about u guys tapi aku rase dgn kos mcm tuh, rumah nih sgt lah puas hati.




Sumber:


No comments: